Mujahadah Cintaku

Kring…kring..jam loceng pemberian sahabat baikku Nur Nazirah berdering mengejutkan aku dari lena untuk berdating dengan Penciptaku.”Alhamdulillah,aku diberi lagi peluang lagi untuk bernafas lagi.”ucapku dalam hati..Lalu bingkas aku menuju ke bilik air mengambil wudhuk. Ku kerling telefon bimbitku.”Baru pukul 4.30.Solat sunat then tadarus”ujarku didalam hati. Solat sunat Tahajud,Hajat,Taubat serta Istikharah aku lakukan.Setelah selesai mendirikan solat,al-Quran kecilku pemberian si dia aku buka,lalu ku baca.Terasa tenang dan damai sekali hati ini.Syahdu sekali ku rasa pagi ini. “Allahuakbar..Allahuakbar”terdengar suara azan dari Masjid Saiyidina Uthman berkumandang, Lalu,ku letakkan al-Quran tersebut didalam beg sandangku.supaya aku tidak terlupa. Selesai mendirikan solat,aku bersiap-siap untuk pulang ke kampus.Sedang ligat tanganku memegang baju yang bersangkut didalam almari,mataku tertancap pada sehelai baju dan tudung yang berwarna hijau.”Kalau aku pakai baju ni,ok juga”gumamku sendirian. Baju dan tudung itu memberi seribu kenangan indah kepadaku. Ni lah pemberian pertama dari si dia.Aku turun ke dapur tepat jam 7.00.Mama sedang sibuk memasak di dapur.
“Mama masak apa”kataku sambil menjenguk ke kuali untuk melihat masakan mama.
“Ish budak bertuah ni.Terkejut mama.Ni haa,mama tengah masak masakan favourite Wani la..Nasi Goreng ala Bangladesh”kata mama sambil ketawa kecil.
“Mama ni,bukan Bangladesh la.Kampung la.Mama,Along nak balik kampus hari ni tau.Kesian pulak dekat Nazirah kena tidur sorang-sorang dalam bilik tu”balasku sambil mengambil pinggan lalu nasi goreng aku masukkan ke dalam pinggan.
 “Iyala,mama tahu la.Saja nak kenakan anak mama ni.Ok lah.Lagipun dah dekat seminggu Along balik sini.”kata mama sambil menuangkan teh panas kepadaku.
Sedang asyik aku menikmati nasi goreng,terlihat adik perempuanku,Nurul Amani Insyirah duduk berdepan denganku.
“Nur Azwani Insyirah boleh mintak tolong tak”katanya sambil tersengih seperti kerang busuk. “Amboi,sampai sebut nama penuh Along.Ni mesti ada apa-apa ni”kataku sambil menghirup air teh.
”Sedap”gumamku sendirian
“Ala,Along ni tau-tau je.Tak surprise langsung”katanya padaku.
 “Haa,cepatlah bagitahu.Along nak gerak pergi kampus dah ni”kataku sambil bangun menuju ke singki.Pinggan ku cucikan dan aku menyalami mama.
“Ala,tolong hantar Nani pergi sekolah boleh?”kataku sambil membuat muka comel.
 “Along tak terpedaya pun dengan muka comel kamu tu Nani oi”kataku sambil mengambil kunci kereta kesayanganku pemberian Abah.
“Along.Boleh lah.Nani malas nak bawa motosikal hari ini”.katanya sambil menyalami Mama.
“Yela-yela.Cepatlah Along tunggu dalam kereta”kataku. Aku hantar Nani ke sekolahnya.Lalu aku teruskan perjalanan ke kolej.Dah dekat seminggu aku balik rumah.Tepat jam 9.00 pagi,aku sampai ke kolej kediamanku,Kolej Baiduri. Dari jauh aku lihat senyuman manis dari Nur Nazirah.
“Assamualakum.Best balik rumah”sapanya sambil kami bersalaman dan berpelukkan.
“Eh,mestilah.Rumahku Syurgaku”kataku sambil mendaki tangga untuk ke bilik.
“Untunglah dia.Rumah dekat dengan kampus.Tak macam kita ni.Rumah nun jauh di Negeri Jelapang Padi”kata Nazirah sambil memulas tombol pintu bilik.
“Jangan la kata begitu.Nanti Nazirah ikut Wani balik umah nah”kataku sambil bercakap dalam loghat Kedah.
“Hancuq bahasa ibunda cheq dapat kat Wani”katanya sambil menepuk bahuku.
 “Hehehe,takpa aih”ujarku sambil tersengih.
“Cantik baju”tegurnya.
“Mana ada.Biasa je”kataku.
 “Eleh,yelatu.Baju cik abang sayang bagi,mestilah cantik”balas Nazirah.
“Mana ada sayang.Selagi tak halal tak boleh nak sayang-sayang.Dia kirim pada Mama suruh berikan pada Wani”balasku.
“Owh ae.Baguslah kalau begitu.Sungguh-sungguhkan dia jaga batas pergaulan.Wani pernah tak tengok wajah dia”tanya Nazirah padaku.
“Tak pernah Nazirah sayang.Wani pernah tengok biodata dia ja.Itu pun sekejap ja.Lepas tu terus kasi pada Mama”balasku sambil tersenyum.
“Ada tak Wani terasa terindu dia”kata Nazirah sambil tersengih.
“Ada-ada saja la Nazirah ni.Tak boleh nak rindu-rindu.Nanti terjatuh dalam lubuk zina.Zina hati.Tak elok kita merindu lelaki yang bukan mahram.Lebih baik rindu ALLAH,dapat pahala lagi”kataku sambil tersenyum.
 “Alhmdulillah,sejuk hati Nazirah dengar.Prinsip Wani tu buat Nazirah lebih kuat nak lawan godaan syaitan”ujar Nazirah.
“Insyaallah Nazirah.Teruskan bermujahadah sahabatku”kataku sambil menepuk manja bahunya.
Aku mintak izin untuk kemas barang-barangku.Ku lihat Nazirah sudah hanyut didalam alamnya tersendiri.Aku lihat dia sedang membaca novel “Cinta High Class”.Novel tersebut kepunyaanku. Novel tersebut diberikan oleh si dia kepadaku
..........................................................................................................................................
“Dialah permata yang dicari 
Selama ini baru kutemui 
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi 
Apakah dia kan kumiliki 
Tidak sekali dinodai nafsu 
Akan kubatasi dengan syariat-Mu 
Jika dirinya bukan untukku 
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu” 

Telefon bimbitku berdering.Terlihat dipaparan telefonku “Abah”..
 “Assalamualaikum.Abah”kataku sambil membuka bicara.
“Waalaikumusalam.Haa Fahrin.Abah ni”balas abah.
“Abah sihat?Ibu dengan Farihin sehat?”tanyaku kepada abah.
“Alhamdulillah,abah,ibu dengan Farihin sihat.Fahrin sihat”tanya abah.
 “Fahrin sihat abah.Ada apa abah telefon Fahrin.Fahrin mintak maaf sebab lama tak telefon abah dan keluarga.Fahrin sibuk sikit seminggu dua ni”kataku sambil mengetuk-ketuk pen.
 “Abah faham.Abah tahu anak abah sibuk. Abah telefon ni pun nak tanya pasal pertungan kamu.Bila nak meminang Azwani”kata abah.Sepotong nama yang abah sebut membuatkan jantungku berhenti berdetak.Nur Azwani Insyirah.Ya.Itulah nama bakal zaujahku.
“Err,abah.Fahrin ok ja.Bila-bila pun boleh.Tapi keluarga Pakcik Azman dah tahu ke pasal ni”tanyaku. “Dah,abah dah jumpa dengan Pakcik Azman.Kalau begitu minggu depan balik Semenanjung.Kita hantar rombongan meminang.”Kata abah.
“Baiklah abah kalau begitu.Fahrin ikut saja”balasku sambil tersenyum.
“Alhamdulillah.Ok lah nanti apa-apa hal abah telefon kamu”kata abah sambil memutuskan talian.
Ya ALLAH,andai benar dia untukku.Dekatkanlah hati ini padanya.Mudahkanlah segala urusanku untuk jadikan dirinya sebagai isteriku yang sah”gumamku didalam hati.
Aku buka laptopku dan aku booking tiket penerbangan untuk pulang ke Semenanjung pada Jumaat ni. Dah setahun aku bekerja di Sabah.Soal perkahwinan aku serahkan pada abah dan ibu.Aku tahu abah dan ibu lebih tahu bakal isteri buat diriku.Aku terima dengan seadanya.Kriteria pertama yang aku letakkan ialah agama.Alhamdulillah,lega hati ini bila dapat tahu anak kawan abah mempunyai cirri-ciri yang ku cari selama ni.Aku tahu bukan mudah untuk mencari wanita seperti itu pada zaman serba canggih ini.Semuanya nak canggih sampaikan harga diri pun sanggup digadaikan demi kecanggihan tersebut..Astagfirullah. ………………………………………………………………………………………
Telefon bimbitku menjerit minta diangkat.Ku lihat di paparan telefon bimbitku “Abah” Lalu ku tekan butang hijau.
 “Assalamualaikum puteri abah”kata abah. Aku tersenyum.
 “Waalaikummusalam abah.Wani rindu abah”ujarku
 “Wani sihat?”tanya abah.
“Alhamdulillah Wani sihat abah.Abah,mama dengan Nani sihat?.”tanyakku
“Alhmdulillah.Kami semua sihat.Abah telefon ni nak cakap sesuatu ni”kata abah
“Alhamdulillah.Perkara apa yang abah nak cakap tu”tanyaku
“Begini.Hari isnin ni Pakcik Faizal nak datang.Nak meminang Wani untuk Fahrin.Wani kenalkan Fahrin”Kata abah,
Muhammad Fahrin Zahari.Nama bakal imamku.Alhamdulillah,abah dan mama dah cari pasangan hidupku.Aku hanya mahukan suami yang meletakkan Allah dan Rasul serta ibu bapanya tempat teragung.Alhamdulillah selama aku mengenali Fahrin.Dia tidak pernah sesekali menghubungku mahupun berjumpa denganku.Hanya kiriman al-Quran,baju serta tudung dan buku-buku sahaja yang dia berikan padaku sebagai tanda perkenalan.Semua barangan tersebut terlebih dahulu diberikan kepada mama dan abah dahulu.
“Wani ikut sahaja keputusan abah dan mama.Baik untuk abah dan mama,baiklah untuk Wani”kataku sambil ku lihat mukaku dicermin.Merah..
Aku segan dengan abah.Aku malu bila membicarakan soal jodoh.Ku lihat Nazirah tersengih melihatku, “Alhamdulillah kalau begitu.Baliklah ke rumah Jumaat ni.”kata abah sambil memutuskan talian. “Nazirah,boleh temankan Wani balik rumah Jumaat ni”tanyaku kepada Nazirah,
“Hai Wani.Nazirah tengok tadi bukan main merah lagi muka tu.Insyaallah boleh.Ada apa sebenarnya ni?”tanya Nazirah.
“Malu lah nak bagitahu pada Nazirah.”tuntasku.Sungguh!Aku malu bila berbicara mengenai jodoh.
“Ala,tak payah malu-malu.Bagitahu je la”kata Nazirah sambil membuat muka teruja.
 “Erm,sebenarnya hari isnin nanti keluarga Fahrin nak datang meminang”kataku sambil muka ku tekapkan ke bantal.Malu!!!
 “Laa,baguslah begitu.Alhamdulillah.Meh sini Nazirah temankan.”kata Nazirah sambil menarik bantal yang ku tekapkan ke mukaku.Dia tergelak kecil.
“Malu la Nazirah.”kataku sambil mencubit tangannya
“Aduh!Sakit la sayang.Nak malu apa nya.Wani pun bukannaya muda lagi.Dah nak masuk 22 dah”katanya sambil memeluk bahuku.
“Janganlah cakap begitu.Wani malu”kataku
“Wani ni pemalu sangatla.Cemburu Nazirah.Wani dah nak bertunang dah.”katanya
“Janganlah cemburu.Makin segan Wani dengan Nazirah”kataku.
“Dah-dah.Jom keluar ambik angin.Esok Khamis then Jumaat.Wah!tak sabarnya nak pergi rumah Wani”kata Nazirah sambil mencuit pinggangku,
Nazirah!!!!”jeritku padanya.
 ……………………………………………………………………………
“Sesaknya KLIA”kataku dalam hati sambil kaki melangkah mencari-cari keluargaku.
“Haa,itu pun abah,ibu dengan Farihin”kataku sambil melambai-lambai ke arah mereka.
 “Alhamdulillah.”ucap ibu sambil memelukku.
“Assalamualaikum ibu,abah dan budak kecik”kataku sambil menyalami ibu,abah dan sempat lagi aku menarik hidung adik kesayanganku.
“Waalaikumussalam.Abang ni janganlah tarik-tarik hidung Pain.Sakit tau”kata Farihin atau Pain,nama manjanya.
“Yela.Abang mintak maaf Pain sayang”kataku sambil bergerak ke kereta.
“Esok Fahrin ikut ibu.Kita pergi cari barang-barang hantaran”ujar ibu padaku.
 “Insyaallah ibu.Pain ikut sekali tau.Abang tak reti sangat pilih barang hantaran ni”kataku.
“Ok boss”jawab Pain. Setiba dirumah aku terus masuk ke bilik..Aku tertidur akibat keletihan
……………………………………………………………………………
“Assalamualaikum mama oo mama”laungku setelah enjin kereta dimatikan,Nazirah yang tertidur aku kejutkan.
“Waalaikumusalam.Haa,dah sampai pun anak mama”kata mama sambil menyambut salamanku. “Alhamdulillah mama.Wani nak amek barang kat kereta jap”kataku
 “Asslamualaikum makcik.Apa khabar”terdengar suara Nazirah memberi salam kepada ibu. “Waalaikumusalam,Makcik sihat alhamdulilah.Jemput masuk Nazirah”kata ibu pada Nazirah.
“Jom pergi bilik Wani”ajak aku kepada Nazirah,
Setelah selesai membersihkan badan,aku dan Nazirah turun ke dapur untuk membantu mama menyediakan makan malam.
“Along,bila sampai”tanya Nani sambil menyalami aku dan Nazirah.
“Dalam pukul 5 tadi Nani”kataku..
“Along,esok kita pergi cari barang hantaran tau”kata mama.
“Baiklah mama.Jom Nazirah dan Nani busyuk temankan along pergi cari barang hantaran”kataku ringkas. “Yes!Boss’jawab Nazirah dan Nani serentak. ……………………………………………………………………………………
 Hari yang mendebarkan tiba jua.
“Nazirah,Wani malulah”kataku pada Nazirah.
“Ish,apa yang nak dimalukan.Meh sini Nazirah betulkan tudung tu”kata Nazirah..
Dari luar bilik,aku dapat menangkap bunyi yang menandakan tetamu sudah datang.Nani masuk ke dalam bilik.
“Along,abah panggil suruh keluar”kata Nani.
“Iyalah nanti Along keluar dengan Kak Nazirah”ujarku. Jantungku berdetak kencang.Malu tidak terhingga. “Assalamualaikum.Terima kasih kerana sudi datang kerumah kami yang tidak seberapa ni”kedengaran suara abah memulakan perbualan.
“Alhamdulillah terima kasih juga kerana menyambut mesra kami semua”balas Pakcik Faizal. “Beginilah.Seperti yang dirancangkan.Hajat kami datang ni nak menyunting si mawar berduri yang tumbuh mekar di taman keluarga Azman”kata Pakcik Faizal lagi.
“Si mawar berduri.Pandai sungguh Pakcik Faizal melambangkan diriku dengan mawar”ujarku didalam hati. “Alhamdulillah.Si mawar berduri di taman kami telah sudi menerima pinangan keluarga Faizal”kata abah.Awal-awal lagi abah dah bertanyakan padaku.
 “Alhamdulillah.Kalau begitu boleh dilihat si mawar berdurinya”pinta Pakcik Azman yang membuatkan muka aku merah.Malu!! Ku lihat Makcik Saidatul menghampiriku.Ni lah ibu Fahrin,dia masuk kebilikku bersama mama.
“Assalamualaikum Azwani”kata Makcik Saidatul sambil tangannya ku salami.
 “Waalaikumusalam Makcik”jawabku dan tersenyum manis untuk menghilangkan getar dihati.
“Manis bakal menantu ibu ni”kata Makcik Saidatul yang membahasakan dirinya “ibu”
Gulp!Lagilah aku malu.Kulihat mama dan Nazirah menguntum senyuman padaku. Lalu cincin bertakhta berlian itu bertukar tangan.Kini tersarug manis di jariku.
 “Terima kasih Makcik”ucapku.
“Sama-sama Azwani”kata Makcik Saidatul sambil mencium dahiku. Ku lihat Makcik Saidatul dan mama keluar dari bilikku.
 “Alhamdulilllah”ucapku sambil memeluk Nazirah.
“Alhamdulillah.Dah jadi tunangan orang dah sahabat baik Nazirah”katanya padaku,
“Tahniah”katanya lagi
“Terima kasih Nazirah sayang”ucapku padanya ………………………………………………………………………………………
“Alhamdulillah selesai sudah satu majlis.Pakcik Azman dah setuju nak nikahkan Fahrin dengan Azwani 3 bulan dari sekarang.Abah setuju sebab lagi cepat lagi baik”kata abah kepadaku, “Alhamdulillah.Insyaallah.Fahrin akan siapkan diri nak memikul tanggungjawab tu”kataku sambil tersenyum. “Ibu pun suka dengan Azwani.Baik,sopan-santun,manis dan yang penting dia beragama.Lagipun Fahrin pun dah 25 tahun.Elok la kalau berumah tangga.Mama Azwani beritahu ibu yang Azwani sekarang pun di tahun akhir.Bulan 9 nanti dah nak graduated”kata ibu.
“Syukurlah kalau begitu,ibu.Kalau dia nak sambung pengajiannya lagi pun.Fahrinbenarkan.Fahrin taknak cita-cita dia hancur bila dia kahwin dengan Fahrin nanti.Fahrin nak dia berjaya dalam pelajarannya.Fahrin tahu yang Azwani mesti ada cita-cita tersendiri.Insyaallah Fahrin akan tanggung segala kos pengajiannya nanti”kataku.
 ……………………………………………………………………………………………
 “Wani,abah dan mama dah berbincang dengan Pakcik Faizal dan Makcik Saidatul yang tarikh pernikahan kamu lagi 3 bulan dari sekarang”kata abah yang membuatkan aku tersedak.
“Uhuk!lagi 3 bulan.Wani takut Wani tak sempat nak siapkan diri dengan ilmu rumah tangga abah”kataku pada abah.
“Insyaallah Wani.Abah tahu Wani boleh menguruskan rumah tangga Wani.Lagipun,cepatkkan perkahwinan kan lagi baik.Syaitan pasti menangis melihat kamu berdua dinikahkan nanti”kata abah.
“Lagi 3 bulan maknanya bulan 8 lah.Masyaallah.Dapatkah aku mendalami segala ilmu.”kataku sendirian
Hari ini hari genap sebulan aku bergelar tunangan orang.Ada lebih kurang 2 bulan lagi aku akan diijab kabulkan Aku lihat Nazirah sedang tekun menelaah pelajaran.Lalu ku panggilnya,
Nazirah,Wani rasa Wani tak sedia lagi lah nak pikul tanggungjawabs ebgai isteri”kataku kepada Nazirah Mencerlung mata Nazirah memandangku.Aku tersengih melihat wajahnya,
“Ish,Wani ni.Jangnalah buat tak sedia pulak.Lagui 2 bulan je ni”katanya padaku.
“Disebabkan 2 bulan lagi lah.Wani rasa tak sedia ni”kataku padanya.
“Insyaallah.Nazirah tahu Wani dah sedia.Nazirah tengok Wani sering bangun malam,Bertahajud padaNya.Minta perolongan.Alhamdullillah,pasti ALLAH akan membantu Wani”kata Nazirah sambil memegang tanganku,.
“Insyaallah Nazirah”balasku.
Dalam tempoh pertunangan tidak pernah Fahrin menghantar mesej padaku.Aku tahu abah pernah memberi padanya nombor telefonku.Alhmdulillah,perbuatan Fahrin telah yakinkan aku lagi dengan dirinya.Dia begitu menjaga ikhtilat.Lagi 2 bulan aku akan bergelar isterinya yang sah
…………………………………………………………………………
 *2 minggu sebelum nak diijabkabulkan

Beep..beep.mesej dari seseorang masuk ke dalam inboxku,ku buka
       From:+0193789065 Assalam.Maaf andai menggangu,Saya Fahrin,Saya nak tanda saudari nak            memakai baju warna apa semasa walimah nanti? 
Mesej yang ringkas dari Fahrin.Tidak ada langsung perkataan yang bisa mempengaruhi naluri kewanitaanku.Setelah hampir 3 bulan bertunang,baru ini pertama kali aku menerima mesej darinya.Tiada ayat-ayat cinta.Tiada panggilan “sayang”
Ku balas mesejnya.
     From:+019430395 Assalam.sila tanyakan pada ibu saya.
Balasku ringkas.”Ya!Aku mahu dia mengetahui segala kesukaanku daripada ibuku.Selagi belum halal mesti ada orang ketiga sebagai pengantara”ujarku didalam hati
………………………………………………………………………………
Mesej dari Azwani membuatkan aku bertambah yakin untuk menjadikan dirinya sebagai isteriku. Tiada langsung ayat-ayat yang menarik naluri lelakiku.Dia menyuruhku bertanyakan kepada ibunya,bukan pada dirinya.Masyaallah.Dia sungguh memuliakan ibunya. Lalu kudail telefon rumahnya,beberapa saat kemudian kedengaran seseorang mengucap salam dihujjung talian.
 “Assalamualaikaum.Makcik Izzatul ada”tanyaku.
“Ya,makcik la ni”kedengaran suara Makcik Izzatul menjawabnya.
“Ni saya.Fahrin.Makcik saya nak tanya Azwani suka warna apa”tanyaku pada ibunya,
“La,kenapa tak tanya Azwani je terus”kata Makcik Izzatul
“Saya hantar mesej padanya dan dah bertanyakan padanya.Tapi dia suruh saya tanyakan pada makcik”jawabku.
“Owh,dia suka warna putih.Tapi dia ada berpesan.baju semasa walimah dia dah tempah.Baju kamu je la yang belum ditempah.Katanya kamu mungkin dah pilih.”jawapan ibu Azwani melegakan hatiku,
Bijak Azwani memcipta srtategi untuk tidak bertemu denganku.Aku tersenyum.
 “Kalau begitu,tak apalah makcik.Terima kasih.Assalamualaikum”jawabku sambil memutuskan talian.
 …………………………………………………………………
Ku lihat jubah putih dan tudung labuhku yang tersangkut di almariku.Ku ambil lalu ku seterikannya.Esok bakal mengubah hidupku.Aku tak lagi berada dibawah tanggunggan dan tanggungjawab abah lagi. Semuanya bakal beralih tugas bila lafaz ijab dan kabul dituturkan oleh Fahrin. Terasa berdebar menunggu hari esok.Mama dan abah masuk kedalam bilikku.
“Wani abah nak berpesan ni.Esok Wani dah jadi isteri orang dan Wani bukan lagi di bawah tanggungjawan abah dan mama.Abah harap Wani jaga maruah suami Wani baik-baik.Jadilah isteri yang solehah buat Fahrin.Abah tahu Fahrin boleh bimbing Wani untuk lebih dekat dengan Dia”kata abah sambil menguncup dahiku.Sebagai tanda kasih sayang.
“Insyaallah abah,Wani akan jaga maruah dia.Wani sayang abah dengan mama.Abah,terima kasih diatas budi abah selama ini.Terima kasih juga sebab pilihkan suami yang soleh untuk Wani”kataku sambil memeluk abah. “Wani,abah taknak kahwinkan anak abah yang solehah dengan lelaki yang tidak soleh.Bukankah lelaki yanag baik untuk perempuan yang baik.Alhamdulillah,Allah mudahkan segalanya.Anak abahkan solehah,lelaki yang soleh sahaja yang boleh mendampingi anak abah ni”kata abah sambil mengusap airmataku.
“Wani kena ingat syurga Wani sekarang dibawah telapak kaki suami.Wani jadilah isteri yang solehah ya nak.Mama tahu Wani boleh bina Baitul Muslim dengan Fahrin.Didiklah anak-anak Wani nanti supaya soleh dan solehah”kata mama membuatkan aku sebak.Lalu,aku memeluk mama.
“Mama.Wani sayang mama.Insyaallah mama,Wani akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia.Wani nak jadi macam mama.”balasku.
Adik,Nani masuk kebilikku lalu memelukku,
“Along,nanti jangan lupakan Nani tau.Bosanlah Nani nanti bila Along tak ada.Tak dapat dah lah Nani nak bergurau dengan along”kata Nani sambil menangis
“Nani,along tetap sayang Nani.Nani kan adik along.Satu-satunya adik along dunia akhirat”kataku sambil memelukknya.
Abah,mama dan Nani keluar dari bilikku apabila ada jiran datang untuk membantu membuat hantaran. Telefon bimbitku berbunyi.”Nazirah”
“Assalamualaikum,sahabatku Wani.Tahniah”ucap Nazirah.
“Waalaikumusalam,Nazirah.Terima kasih”balasku.
“Esok Nazirah datang walimah Wani dengan Kak Izyan dan Humaira”kata Nazirah.
“Alhamdulillah,Nazirah datang tau.Jadi pengapit Wani”kataku sambil ketawa kecil.
“Eh,mestilah datang.Kan kereta Wani ada dengan Nazirah.Kena hantar balik kat tuan dia.”kata NAzirah sambil ketawa.
 “Iyala tu,esok datang awal sikit tau.Wani berdebar la nak tunggu esok”kataku,
“Kalau begitu,Wani pergi tidur,rehat.Esok lagi berdebar”usik Nazirah sebelum memutuskan talian.
Hari yang dinanti tiba jua.8/8 tarikh yang dipilih oleh abah dan mama serta abah dan ibu untuk menyatukan aku dan Farihin.Aku melangkah keluar dari rumah untuk ke Masjid Saiyidina Uthman.Nazirah datang menjemputku bersama kawan-kawanku.Dia memandu keretaku menuju ke masjid.Berdegup kencang taktala kakiku melangkah keluar dari kereta menuju ke masjid.Setibanya didalam masjid ku melihat kelibat seseorang lelaki berpakaian baju melayu berona putih duduk dihadapan abahku.Abah sendiri yang akan menikahkanku.
“Aku nikahkan dikau Muhammad Fahrin Zahari bin Faizal dengan anakku Nur Azwani Insyirah binti Azman dengan mas kahwin RM 1000 tunai”kedengaran suara abah memulakan lafaz akad
“Aku terima nikahnya Nur Azwani Insyirah dengan mas kahwin RM 1000 tunai”kedengaran suara Farihin. Menitis air mataku taktala terdengar ijab kabul tersebut.Aku menyalami mama dan ibu.Aku memeluk Nazirah.Alhmdulillah,aku berjaya bermujahadah melawan nafsuku dan godaan syaitan ketika di alam perkenalan dan alam pertunangan.Terasa tenang dan damai sekali jiwa ini. Ku lihat Fahrin datang kepadaku. “Subhanallah segak nya suamiku ini”kataku didalam hati.Aku cuba tersenyum bagi menghilangkan getar dihati.Pertama kali aku menatap wajahnya.Masyaallah,manisnya perasaan ini.Perasaan cinta yang ku pendam sekalian lama.Dan hari ini,aku luahkan cintaku buar suamiku yang sah.
“Masyaallah cantikknya isteriku ini.Wajahnya putih berseri.Inikah cinta?indahnya perasaan ini.Manisnya perasaan ini.Pertama kali aku lihat wajahnya.Masyaallah cantik seperti bidadari”kataku didalam hati.Cincin bertakhta berlian ku sarungkan di jarinya.Dia tunduk menyalamiku.Aku mengucup dahinya.Ku bacakan doa kepadanya.
“Moga pernikahan kita berkekalan sayangku”bisikku ditelinganya.Ku lihat wajah isteriku merona kemerahan.Malu.
“Insyaallah abang”ucapku malu-malu.Terasa laju saja lidah ini menuturkan perkataan “abang”.Ya!Perkataan yang selama ini aku simpankan.Dan kini ku ungkapkan untuk suamiku yang tercinta.
“Alhamdulillah Ya Allah.Kau kuatkan kami berdua bermujahadah.Dan kini kami dah menggapai kebahagiaan.Terima kasih Ya Allah’kedengaran suara suamiku membaca doa selepas seleai mengerjakan solat sunat nikah.
Fahrin datang kepadaku.
“Kau lah Permata Dicari wahai Nur Azwani Insyirah binti Azman”ucap Fahrin sambil menguntum senyuman kepadaku.
Di satu sudut syaitan sedang menangis kekecewaan akibat tewas dalam pertempuran.

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi 
Hadir cinta insan padaku ini 
Anugerah kurniaan Ilahi 

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya 
Kesopanannya memikat di hati 
Mendamaikan jiwaku yang resah ini 
Ya Allah 
Jika dia benar untukku 
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku 
Jika dia bukan milikku 
Damaikanlah hatiku 
Dengan ketentuan-Mu 

 Dialah permata yang dicari 
Selama ini baru kutemui 
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi 
Apakah dia kan kumiliki 
Tidak sekali dinodai nafsu 
Akan kubatasi dengan syariat-Mu 
Jika dirinya bukan untukku 
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu 
Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku 
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



1 comment:

Unknown said...

amboi nora....ehm...