Takdir Itu Milik ALLAH

Desiran ombak menghampar pantai sungguh menenangkan jiwaku.Ya ALLAH betapa besarnya kekuasaan-MU.Aku berjalan di persisiran pantai tanpa hala tuju.Entah mengapa tiba-tiba hatiku digamit rasa rindu pada sebuah kenangan yang pernah tercipta dalam hidupku.Jasadku kini hanya mampu menurut derapan langkahku dipersisiran pantai yang putih bersih pasirnya. Pada tika ini juga,hatiku mula teringatkan pada insan yang pernah hadir dalam hidupku.Insan tersebut telah berjaya menembusi kabus gelap yang bermaharajalela dalam diriku. Dirinya telah berjaya membawa cahaya yang sangat terang dalam hidupku dan telah berjaya memusnahkan kabus gelap yang selama ini mengaburi mata hatiku. “Ya ALLAH sesungguhnya aku tersangat merindui dirinya. Aku merindui setiap bait perkataan yang diucapkan oleh bibirnya. Aku merindui senyum,gelak dan tawanya ketika hatiku diruntun kesedihan dan nestapa. Dimanakah dia Ya ALLAH. Kau pertemukanlah kami kembali Ya ALLAH.”tuturku didalam hati. Tanpa ku sedari aku telah menghabiskan selama sejam lebih melayan perasaan ku ini lalu aku pulang ke rumah.Selesai menunaikan solat Maghrib terus aku membaca ayat-ayat suci al-Quran supaya dapat mententeramkan jiwaku yang diruntun kerinduan yang amat dalam ini. “Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kau pertemukanlah aku dengan dirinya.Aku tidak mahu jalinan ukhuwah yang ku bina dengan dirinya berakhir tanpa ada penghujunnya. Sesungguhnya aku sangat menyayangi ukhuwah ini. Sebolehnya aku mahu jalinan ukhuwah yang terbina ini berkekalan sehingga ke akhir hayatku ini Ya ALLAH”aku berdoa selepas solat. Ketika aku asyik terleka menghadap laptop kesayanganku ini untuk menaip cerpen baru,tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Mengertilah aku bahawa ada seseorang yang menelefon. Ku lihat skrin telefonku “aik,nombor sapa pulak ni”gumamku sendirian. Aku terus menekan butang hijau lalu ku dengar suara seseorang “Assalamualaikum Wan”ucap si pemanggil. “Waalaikumusalam”jawabku acuh tak acuh. “Wan tak kenal akak ke?”tanya si pemanggil. “Maaf la saudari jika saya tak mengenali saudari”balasku. “Ya ALLAH dik.Ni akak Mia.Adik tak kenal akak ka?”jawapan si pemanggil itu amat mengejutkan aku.Ya ALLAH terima kasih kerana Kau telah mengabulkan doaku. Orang yang ku rindui selama ini telah hadir kembali dalam hidupku. “Subhanallah akak. Adik terlalu rindukan akak. Setiap detik adik selalu berdoa pada ALLAH moga kita dipertemukan kembali”jawabku sambil teresak-esak. Aku menangis bukan kerana aku sedih tapi aku menangis kerana aku terlalu gembira dengan pertemuan ini. “Dik,akak mintak maaf banyak-banyak. Bukan akak tak rindukan adik tapi akak terpaksa menahan rindu disebabkan pelbagai kekangan yang perlu akak selesaikan. Akak mintak maaf ye adik. Janganlah nangis-nangis macam ni. Tak kiutlah adik akak ni. Adik akak kan kuat”ucap Kak Mia seakan memujukku. Betapa aku rindukan suaranya itu. Suaranya lah yang membangkitkan aku dari kemelut yang membelenggu diri ku. “Akak tak perlu mintak maaf kat adik. Akak telefon adik pun dah buat adik bahagia sangat. Dah lama adik tunggu akak.”ucapku. “Adik,akak ada hal ni.Akak nak pergi usrah dengan kawan akak. Esok kita jumpa ya. Akak tunggu adik dekat Restorang Sri Wangi ya. Pukul 4 petang”kata Kak Mia. “InsyaALLAH akak esok kita jumpa ya”tuturku. “Ok. Assalamualaikum sayang”kata Kak Mia sambil memutuskan talian. “Waalaikumusalam”salam Kak Mia aku jawab dalam hati. “Ya ALLAH betapa bahagianya hidupku. Terima kasih Ya ALLAH.”aku tidak putus-putus mengucap syukur. Keesokan harinya tepat jam 4 petang aku telah ke Restoran Sri Wangi. Dari jauh lagi aku dapat lihat senyuman insan yang ku rindu selama ini. Sesampainya aku dimeja,terus Kak Mia memelukku. Terasa semua rindu yang menggunung dalam jiwaku selama ini lenyap sama sekali apabila terpandangkan wajah lembutnya. “Adik apa khabar. Makin comel nampak”kata Kak Mia sambil mempelawaku untuk duduk disebelahnya. “Khabar baik akak. Ish,takde lah.Adik biasa-biasa je. Akak tu makin kiutla.”ujarku sambil tersenyum.”Pandailah adik nak sakat akak. Tengok senyum tu la yang buat akak rindu dekat adik sangat-sangat”katanya sambil mencubit pipiku. “Adeh,sakitlah akak”kataku sambil mengosok-gosok pipiku yang ditariknya. “Ala sikit ja pun akak tarik. Dah lama pipi adik tu tak bekerja. Sekarang pipi tu kena bekerja balik la.”tuturnya sambil tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Kak Mia memang cantik. Baik,tutur bicaranya sangat manis dan lembut. Kak Mia tak seperti wanita yang ada pada zaman serba canggih yang semuanya nak canggih sehinggakan pakaian pun nak pakai yang canggih. Tapi Kak Mia masih lagi berpegang pada ajaran agama Islam. Auratnya sangat dijaga dengan rapi. Tak heranlah kalau takde lelaki yang berani mengorat Kak Mia. “Iyala tu. Kak Mia sihat”tanyaku. “Sah adik takde soalan lain nak tanya ek? Akak sihat lah adik. Kalau akak tak sihat takdenya depan mata adik ni”jawabnya. “Akak ni buat adik malu lah. Tau-tau je yang adik kehabisan soalan”jawabku. “Macamlah akak kenal adik baru sehari-dua. Akak dah kenal adik dah lama. Dah tau sangat-sangat perangai adik kesayangan akak ni”katanya sambil menghirup air minuman dihadapannya. “Hehehe, adik lupa la akak. Sori nah”jawabku sambil ketawa. “Adik berapa kali akak pesan jangan ketawa sangat. Tak elok,adik tu perempuan bukannya lelaki”nasihat Kak Mia padaku. Itulah Nur Amia Insyirah tak pernah membiarkan aku dalam hanyut. Pasti ada saja nasihat yang akan diberikan padaku. “Maaflah akak”kataku sambil memaut lengannya. “Takpe akak tak kisah. Adikkan adik akak so akak kena selalu memperbetulkan adik kesayangan akak ni. Begitu juga adik,jika akak hanyut bantulah akak untuk berenang kembali ke persisiran”ujarnya sambil tersenyum. “Dah makan cepat. Akak nak bawa adik pergi satu tempat. Mesti adik suka”kata Kak Mia sambil menyuapkan mee goreng yang dipesannya untukku. Itulah Kak Mia yang selalu melayanku seperti adik kandungnya sendiri sedangkan kami tiada langsung pertalian darah. Tapi jalinan ukhuwah yang kami bina membuatkan kami begitu akrab sekali. Setelah habis makan,Kak Mia membawaku ke tempat yang dikatakannya dengan kereta kesayangannya. Setelah sampai ke tempat yang diperkatakannya aku terus memelukknya. Aku menangis kerana terlalu gembira. Tempat inilah yang telah pertemukan aku dengan Kak Mia. Aku terharu kerana Kak Mia masih ingat tempat ni. “Adik ingat tempat ni”ujar Kak Mia sambil menarik tanganku untuk duduk di sebuah kerusi yang disediakan. “Ya ALLAH akak tempat ni lah yang mengubah adik. Tempat ni juga lah yang temukan adik dengan insan yang berada disebelah adik”kataku sambil memeluknya. Tanpa ku sedari air mataku bergenang dan kolam air mata tumpah. “Adik janganlah nangis macam ni. Tengok dah tak comel dah adik akak yang manis ni”kata Kak Mia sambil mengelap air mataku dengan jarinya. “Adik nangis sebab gembira la akak”kataku. “Dah la tu tak payah nangis lagi. Akak ada sebelah adik ni. Akak takkan tinggalkan adik lagi. Akak mintak maaf sebab dulu akak pergi tanpa beritahu kat adik.”kata Kak Mia. “Akak kan adik dah cakap jangan mintak maaf kat adik. Akak tak buat salah apapun kat adik. Adik bersyukur sangat bila ALLAH temukan balik kita”tuturku. “Alhamdulillah adik. Akak pun syukur sangat-sangat dapat jumpa adik balik. Sebenarnya nombor telefon adik pun dah hilang sebab telefon bimbit akak yang dulu kena curi. Tapi ALLAH mudahkan segalanya. Hati akak terdetik untuk selongkar balik diari lama akak. Dari situlah akak jumpa balik nombor adik. Terima kasih juga sebab adik conteng diari lama akak tu. Kalau tak mesti pengsan juga akak nak cari nombor telefon adik”ujar Kak Mia sambil ketawa kecil. “Macam tu pulak. Macam-macam lah akak ni”kataku padanya. “Erm,Kak Mia belajar kat mana sekarang”tanyaku apabila menyedari kami berdua sepi tanpa kata. “Akak belajar kat universiti kat Malaysia juga dik.Akak belajar kat Universiti Sains Islam Malaysia dik,dekat Negeri Sembilan”tuntasnya sambil mengusap kepalaku. “Hurm,syok la akak dapat masuk UAadik ni entah la bole masuk ke tak U tu”ujarku sambil memandang ke arah pantai. “Jangan cakap begitu dik,InsyaALLAH adik bole masuk U. Sapa-sapa pun boleh masuk U asalkan kita sendiri yang ada kemahuan dan berusaha”ujarnya memberi kata rangsangan padaku. “Akak ambik jurusan apa kat USIM”tanyaku. “Akak sekarang ambik jurusan Usuluddin dik. Akak suka belajar tentang Islam”katanya sambil tersengih. “Hebatnya akak”spontan ayat tersebut keluar dari bibirku. “Dik,jangan kata begitu. Akak tak sehebat yang adik sangkakan. Ni semua anugerah ALLAH pada akak. ALLAH hanya pinjamkan semua nikmat ni pada akak. Kita sebagai hamba-Nya perlu bijak dalam menggunakan nikmat kurniaanNya.”ucapnya sambil memaut tanganku. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. “Adik”katanya sambil memandang wajahku. “Ya,kenapa akak”tanyaku apabila mendengar kak Mia memanggilku. “Akak nak adik tahu yang akak sayang adik lebih lagi adik sayang akak. Akak harap sangat ukhuwah yang kita bina ni berkekalan sampai ke syurga”katanya sambil memelukku. “InsyaALLAH akak. Kenapa akak cakap macam ni. Akak buat adik sedih lar”kataku tanpa sedar air mataku menitis. “Adik janganlah nangis camni”kata kak Mia sambil mengelap air mataku yang tumpah. “Adik kena ingat kita tak tahu berapa lama kita boleh hidup di bumi ALLAH ni. Bila-bila saja ajal boleh datang menjemput”katanya sambil tersenyum. “Akak kenapa cakap cam tu. Adik sayang sangat kat akak. Adik dah tak de sapa-sapa lagi selain akak. Adik sayang akak sangat-sangat”ucapku sambil memeluknya. Aku menangis sepuas-puasnya didakapan Kak Mia. “Adik jangan cakap cam tu. ALLAH selalu bersama kita. Adik kena ingat tu sayang. Akak sayang adik kerana ALLAH”balas Kak Mia. “Adik tahu akak,tapi adik masih memerlukakan akak. Adik tak mampu berdiri seorang diri untuk tempuh tipu daya dunia ni akak. Akak lah sumber inspirasi adik. Akak juga lah semangat adik untuk terus hidup”kataku. “Adik,jangan cakap macam tu sayang. Akak hanya perantaraan daripada ALLAH untuk mengubah hidup adik. InsyaALLAH adik boleh hidup tanpa akak,asalkan adik jangan lupakan ALLAH. Jangan jauhkan diri adik dari ajaran Islam. Adik kena ingat tu sayang. Ingat apa yang akak pernah cakap kat adik dulu. Jadikan Islam sebagai landasan hidup kita.”kata-kata kak Mia membuatkan aku sebak. Air mataku mengalir laju. “Akak,terima kasih kerana selama ni akak ambik berat tentang akak. InsyaALLAH adik akan terus ingat kata-kata akak”kataku. “Haa,macam tu lah. Ni barulah adik akak. Dah jangan nangis-nangis lagi. Dah tak comel dah adik akak ni”katanya sambil mencubit pipiku dan ku lihat dia tersenyum. “Dah jom balik.Dah lewat petang dah ni.”katanya sambil berjalan menuju ke kereta. Kak Mia menghantarkan aku ke rumah. Sebelum dia pulang ke rumahnya sempat dia beri sesuatu kepadaku. Katanya buka bungkusan tu bila aku nak tidur. Malam itu,sebelum aku tidur,aku membuka bungkusan yang Kak Mia bagi tadi. “MasyaALLAH cantiknya”perkataan itu yang mampu ku luahkan taktala mataku melihat hadiah pemberian daripada kak Mia. Sepasang baju kurung dan juga tudung yang berwarna ungu. Warna kesukaan ku. Ada sekeping nota. Aku membaca nota tersebut. “Assalamualaikum adikku sayang. Hanya ini yang mampu akak hadiahkan pada adik. Akak harap adik sudi terimanya. Akak tahu adik suka warna ungu kan? Haa ni akak beri baju kurung warna ungu untuk adik. Akak harap adik sudi memakainya. Akak pun buatkan sepasang baju dan tudung yang persis seperti baju dan tudung adik. Akak nak adik pakai pada tarikh yang akak akan beritahunya nanti.”begitulah nota yang ada didalam bungkusan yang diberi oleh kak Mia. Aku terus mencapai telefon bimbitku,lalu aku menghantar mesej pada kak Mia. “Assalamualaikum akk,trma kaseh hadiah akk. Adk suka sgt =)”. Beberapa minit kemudian kak Mia membalas mesejku “Waalaikummusalam,Alhamdulillah. Akk risau juga takut adk xsuka. Terima kaseh adk sbb ska bju gan tdung tu =)”mesej dari kak Mia ku baca dan ku balas, “akk,adk nk tnya trikh apa yg akk mksudkan tu?”mesej ku dibalas. “Adk akn tahu nnti.akk akn bgtau nnti bla akk nak jmpa trkh yg ssuai. Syg,akk ad hal ni. Nnti kita msg len ya syg. Assalamualaikum =)”begitulah mesej yang dihantar oleh kak Mia. Beberapa hari kemudian,aku terima mesej dari kak Mia. Dia meminta aku untuk memakai baju dan tudung pemberiannya. Katanya dia mahu membawaku ke satu tempat. Setelah beberapa minit aku tunggu Kak Mia,akhirnya Kak Mia sampai dihadapan halaman rumahku. “Assalammualaikum ibu. Wan ada tak?”kedengaran suara Kak Mia memberi salam kepada ibu. “Waalaikumusalam. Mia rupanya ibu ingatkan sapa tadi. Wan ada dalam rumah tu. Masuklah dulu”ajak ibu. “Akak,adik dah siap”kataku sambil melangkah keluar menuju ke arah Kak Mia dan ibu. “Subhanallah,adik cantiknya”kata Kak Mia sambil tersenyum. “Nak pergi mana ni Mia”tanya ibu pada Kak Mia. “Ibu,izinkan Mia pinjam Wan sekejap. Mia nak luangkan masa dengan dia. Rindu nak lepak dengan budak kecik ni”kata Kak Mia sambil mencubit pipiku. “Akak,sakitlah”kataku sambil menggosok-gosok pipiku. “Iyalah,ibu bagi pinjam.”kataku ibu. “Kami pergi dulu ibu”kata Kak Mia sambil menyalami ibu. Aku pun menyalami ibu. “Akak,adik baru perasan yang kita pakai baju warna sama”kataku. “Kan akak dah cakap,akak pun buat baju yang sama macam adik juga”kata Kak Mia sambil tersenyum. “Akak nak pergi mana ni”tanyaku. “Adalah,nanti adik tahu juga”kata Kak Mia. Setelah hampir satu jam setengah aku dan Kak Mia sampai ke satu rumah. Dari luar lagi aku lihat banyak kereta yang ada dihadapan rumah tu. Kak Mia memberi salam dan salamnya disambut oleh seorang wanita yang hanya menampakkan mata sahaja. “Sampai juga enti ke rumah ana”kata perempuan tadi. “Kenalkan ni adik ana,Wan. Dan ni pulak Kak Aisyah”kata Kak Mia. Aku menyalami Kak Aisyah. “Jemputlah masuk”pelawa Kak Aisyah. “Subhanallah cantiknya”kataku didalam hati. Aku lihat ramai perempuan yang mungkin sebaya dengan Kak Mia. Sesetengah daripada mereka ada yang memakai purdah. Itulah yang Kak Mia beritahu pada aku tadi. Katanya perempuan yang hanya menampakkan mata tu sebab mereka pakai purdah. Betapa damainya hati aku apabila melihat wanita-wanita yang berada dihadapanku ini. Aku mula terfikir,betapa indahnya jika semua kaum Hawa memakai pakaian yang sama seperti mereka. Kak Mia memperkenalkan aku pada semua tetamu yang hadir. Rupa-rupanya Kak Mia mahu aku mengenali mereka supaya aku tidak berasa keseorangan jika tiada Kak Mia disampingku. Air mataku menitis lagi apabila Kak Mia berkata sebegitu. “Assalamualaikum dik Wan”sapa salah seorang dari sahabat Kak Mia ketika aku duduk seorang di sofa sebab Kak Mia pergi ke dapur. “Waalaikumusalam ya saya”balasku dengan senyuman. “Boleh Kak Irah duduk sini”tanyanya sambil tersenyum. “Boleh,duduklah akak”kataku. “Macam mana adik kenal dengan Mia”tanya Kak Irah. “Oh,Wan kenal Kak Mia waktu Wan sesat”kataku. “Sesat?Maksud adik Wan”Kak Irah pelik apabila perkataan sesat ku ucapkan. Aku tersenyum, “Kak Irah,dulu Wan bukan seperti Wan yang ada didepan akak. Dulu Wan liar sangat. Hampir-hampir Wan hanyut dengan kawan-kawan yang rosak tu. Dulu,Wan bangga bila Wan pakai baju budak lelaki,potong rambut macam budak lelaki. Ganggu orang kat sana-sini. Kacau budak-budak perempuan padahal Wan pun sama jantina dengan dorang juga. Sampaikan ada budak perempuan yang nak kapel dengan Wan sebab dia kata Wan kacak. Disebabkan Wan kapel gan budak tu,ada satu hari tu pakwe budak tu datang kat Wan waktu Wan tengah lepak dengan kawan-kawan kat pantai. Pakwe budak tu belasah Wan,nasib baik lah Kak Mia ada pada waktu tu. Dia lah yang selamatkan Wan. Dia bawak Wan balik rumah dia. Dia cuci luka Wan. Tak silap Wan,waktu tu Kak Mia dengan kawan dia yang tolong Wan. Dekat seminggu juga lah Wan duduk kat rumah Kak Mia,sebab Wan takut nak balik. Takut ibu dengan abah marah dekat Wan. Nasib baik,Kak Mia sudi bantu Wan. Dari situlah Kak Mia banyak bantu Wan dan akhirnya lahirlah Wan yang ada kat mata Kak Irah ni”kataku sambil tersenyum. “Syukurlah dik dah berubah.”kata Kak Irah sambil tersenyum. “Mia tu memang baik. Kami semua selesa bersahabat dengan dia. Majlis ni pun dia yang aturkan. Dia lah yang mula-mula hidupku sesi taaruf ni. Setiap sebulan kami akan adakan majlis ni,dan kami akan bergilir-gilir adakan majlis ni di rumah masing-masing.”katanya. “Oh,seronoklah dapat kumpul ramai-ramai macam ni”kataku. “Itulah sebab majlis ni diadakan. Kami mahu ukhuwah yang terbina berkekalan”kata Kak Irah. “Akak minta diri dulu ya dik. Akak nak ke dapur”kata Kak Irah sambil berlalu pergi. “Adik,wat pe tu”suara Kak Mia mengejutkan aku. “Akak ni,terkejut adik”kataku. “La,yeke sayang. Maaflah buat adik sayang akak ni terkejut”kata Kak Mia sambil memcuitku. “Maaf diterima”ujarku sambil tergelak. “Akak suka sangat tengok adik akak ni pakai tudung macam tu. Nak-nak lagi pakai baju yang sama warna dengan akak”kata Kak Mia sambil tersenyum. “Akak apa kurangnya,cantik dan sweet sangat”kataku. “Nak puji akak lah tu.Terima kasih adik”kata Kak Mia sambil mengajak ku untuk ke meja makan. Selesai semua,Kak Mia meminta mengundurkan diri. Aku menyalami semua sahabat-sahabat Kak Mia. Sedang asyik aku dan Kak Mia mendengar lagu kesukaan kami berdua iaitu lagu daripada kumpulan nasyid UNIC,SEE U D IPT, tiba-tiba sebuah lori yang membawa minyak Petronas melanggar kereta Kak Mia dan menyebabkan kereta Kak Mia berpusing-pusing dan akhirnya datang sebuah MPV menghentam kereta Kak Mia.Kereta Kak Mia telah melanggar penghadang jalan. Aku terkejut aku hanya memanggil Kak Mia, aku dapat dengar kak Mia menyebut “ALLAH”. Selepas itu,aku tidak sedarkan diri. Aku nampak Kak Mia datang padaku,wajahnya berseri dan bersinar. “Adik,akak pergi dulu. Jaga diri adik baik-baik. Ingat pesanan akak ya sayang. Akak sayang adik kerana ALLAH. Akak sayang adik sampai bila-bila.”kata Kak Mia sambil memelukku. “Akak,jangan tinggalkan adik. Adik sayang akak sangat-sangat”kataku sambil memeluk erat Kak Mia. Kak Mia melepaskan pelukkan,dia berjalan sambil tersenyum padaku. “Akak!!!”aku jerit sepuas hatiku. “Wan,ibu ni.Wan kenapa”kata ibu sambil memegang kepalaku. “Ibu,Wan kat mana ni. Mana akak?”tanyaku pada ibu. Aku lihat ibu menangis. “Wan ada kat hospital sayang”kata ibu. “Ibu,mana akak? Wan nak jumpa dengan akak,tadi akak datang dekat Wan. Muka akak berseri sangat”kataku. “Wan,akak dah takde. Akak dah pergi. Akak dah meninggalkan kita semua. ALLAH lebih sayangkan akak.”kata-kata ibu membuatkan jantung aku seperti tak berdetak. “Sabar Wan”kata ibu. “Ibu,Wan nak tengok akak”pintaku. Aku dibenarkan untuk melawat Kak Mia buat kali terakhir. Aku ke rumah Kak Mia dengan ibu dan abah. Aku lihat sahabat-sahabat Kak Mia turut ada. Mereka semua datang padaku dan memelekku. Mereka membawaku ke jenazah Kak Mia. Aku lihat wajah Kak Mia tersenyum,putih berseri. Aku duduk sebelah jenazah Kak Mia dan ku sedekahkan al-fatihah dan doa kepada Kak Mia. Aku menguncup dahi Kak Mia buat kali terakhirnya. Aku mengiringi jenazah Kak Mia ke tanah perkuburan. Selesai pengebumian Kak Mia,aku balik ke hospital. Aku ditahan untuk beberapa hari di wad.Doktor yang merawatku memberitahu bahawa Kak Mia cedera parah di kepala.Disebabkan itulah,Kak Mia meninggal di tempat kejadian juga. Aku hanya patah tangan. Sedih hatiku bila terkenangkan arwah Kak Mia. Bagai semalam aku baru mengenali dia. Begitu cepat dia meninggalkan aku. “Ya ALLAH,Kau tempatkan Kak Mia di tempat yang mulia bersama-sama dengan orang yang soleh dan solehah”doaku didalam hati. Aku telah dibenarkan pulang ke rumah, sebak hatiku bila melihatkan baju dan tudung pemberiannya. Patutlah Kak Mia beria-ria suruh aku pakai sangat baju dan tudung pemberiannya. Rupanya kali terakhir Kak Mia mahu melihatku memakai pakaian seperti dirinya. “Akak,adik terlalu rindukan akak. Kenangan bersama akak akan adik simpan didalam hati”rintihku selepas menunaikan solat. Aku mengirimkan al-fatihah dan doa kepada Kak Mia. “Akak,adik berjanji akak tunaikan hasrat akak”aku masih ingat lagi hasrat Kak Mia yang mahu aku teruskan memakai pakaian yang diberinya. Dan sekarang aku telah menggantikan tempat Kak Mia. Aku juga turut menyambung pengajian ku dalam bidang ndang-undang. Aku mahu menjadi seperti Kak Mia yang tabah dan sabar dalam hidup. Setiap kali aku teringatkan arwah,aku akan sedekahkan al-fatihah padanya dan aku tak pernah lupa nak menziarahi pusara arwah. “Akak sayang adik kerana ALLAH”sampai sekarang aku masih teringatkan kata-kata Kak Mia. Nur Amia Insyirah + Nur Mazuan Iman ~The End~ ^__^

No comments: