Buat seorang teman,
Pernah seiring meniti usia,
Erat beringingan di batas perjuangan,
Belum tentu pula menang atau,
Tewasnya...
Buat seorang teman,
Usahlah mudah meletak harapan,
Setinggi awan di kaki langit,bimbang tak mampu untuk,
Menggapainya,
Kerana terkadang sinar mentari,
Beransur suram di sebalik mendung yang hitam..
Sedarilah wahai temanku,
Pelayaran kita masih jauh,
Terkadang aku terpaku,
Memutar persoalan ligat di fikiran,
Memainkan lagu yang aku senditi tidak
pasti apa tajuknya,
Mengalunkan tanda tanya yang belum terjawab,
oleh akal yang sempurna,
Apakah mampu kita berlayar?
Adakah larat kita berlayar?
Untuk ke destinasi yang belum tentu haluannya,
Sedangkan deru angin,
Tidak tahu bila mengganas,
Menerbangkan segala harapan,
Melayangkan segala impian,
Yang hanya sekadar,
Hiasan di pinggiran hati..
Namun..
Terkadang pepulau yang indah menjadi penyelamat kita,
Dari menjadi mangsa deruan angin yang mengerikan itu,
Terdamparlah kita di atas pepasir yang memutih,
Berteduhlah,
Walau seketika,
Untuk mencari ilham,
Sebelum bangkit meneruskan pelayaran,
Renungkanlah kembali,
Aturkanlah semula,
Usah lupa bawalah bersama,
Secubit semangat,
Sesudu ketabahan,
Secangkir keberanian,
Semangkuk kesabaran,
Sebagai bekalan pengembaraan nanti..
Buat teman dan insan yang bergelar 'aku',
Percayalah,
Pasrahkan diri mohonlah kepada-Nya,
Moga pelayaran ini,
Selamat sampai ke seberang sana,
Usah dihirau ombak yang mengganas,
Tongkahlah ia dengan keteguhan di jiwa..
Walaupun tanpa perlindungan,
Walaupun pendayung hanyut ditelan gelombang,
Hujan dan panas usah dihiraukan,
Ingatlah perlindungan hakiki,
Setia menemani kita,
Redhalah dengan dugaan-Nya...
Namun temanku,
Bila hampir ke seberang sana,
Jangan sesekali alpa,
Usah lupa menoleh ke belakang,
Imnas kembali detik mencemaskan,
Sesekali labuhkanlah layar,
Perbaiki semual layar yang rosak,
Pastikan ia teguh kembali,
Agar betah menfejar sinar,
Kegemilangan yang tiada galang gantinya...
Dan andainya perahu ku karam,
Di tengah lautan yang mengerunkan ini,
Teruskan pelayaran ini teman,
Aku kan merindu,
Kenangan kita dalam pelayaran itu..
Buat 'aku' dan seorang teman,
Moga ukhuwah ini berkekalan,
Lestari hingga ke akhirnya..
Restu Mu Illahi moga selamat semuanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
amboi ,ayat dye .bersastera nye . hehe
hihihihh...hentam jer tu..kak najwa pon bersastera gak..wahaha
Post a Comment