Ana uhibbukifillah ^_^

SAHABAT,TEMAN dan KAWAN.. Walaupun berbeza perkataan namun membawa maksud yang sama iaitu seorang insan yang hampir dan akrab dengan kita.. Tak lengkaplah hidup ini jika takde kawan,sahabat dan teman.. Dia hadir tanpa diriku pinta apatah lagi kehadirannya juga tak terduga.. Hanya bermodalkan senyuman mesra yang terukir diwajahnya sudah cukup untuk menambat hati kita yang kesunyian.. Kehadiran insan sepertinya mampu menerangi kehidupan kita yang dulunya gelap menjadi terang benderang..Tika diri ini hanyut dalam gelombang arus durjana,dia pasti hadir menghulurkan tangannya,memimpin kita untuk keluar dari kancah hina tersebut.. Teman ku sayang, Pertemuan kita sudah dirancang oleh Yang Maha Esa, Aku bersyukur apabila dipertemukan insan sepertimu teman.. Kau banyak membantu diri ini untuk menghadapi kerenah didunia sementara ini.. Kata-kata hikmahmu cukup berharga buatku.. dalam ketegasan tetap ada kelembutan.. Tidak sesekali kau meninggi diri walaupun pelbagai kata pujian yang diberikan..Kau selalu katakan padaku "Semua pujian itu hanyalah pada ALLAH".. Betapa tingginya akhlak mu teman.. Teman yang ku sayang kerana ALLAH, Aku masih ingat lagi pada pertama kali aku hanyut dalam cinta manusia yang sia-sia, Kau langsung tak berputus asa untuk menasihatiku agar menyintai dulu Yang Maha Esa, Kau katakan "Letakkan cintamu pada Yang Esa",Kau seorang insan yang sabar kawan.. Akhirnya baru aku sedar,cinta manusia adalah cinta yang sia-sia..terasa diri ini jijik sekali..Malunya aku pada Yang Esa.. Kini aku rindukan cintaNya.. terima kasih teman.. Temanku sayang kerana ALLAH, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, Ingin sekali aku tak mahu berpisah denganmu temanku sayang, Jalinan ukhuwah yang kau dan aku bina terlalu ukuh.. Terlalu banyak kenangan indah yang kita ukir bersama. Sungguh!!Terasa pilu hati ini untuk membiarkan kau pergi dariku.. Tapi,demi jihad fisabilillah untuk menuntut ilmu,aku gagahi jua.. Pasti suatu hari kita akan dipertemukan kembali.. Mungkin jasadku takkan disisimu,tapi hati dan doaku akan selalu mengiringi tiap langkahmu temanku sayang.. Semoga jalinan persahabatan kita ini dipelihara oleh ALLAH, Ana uhibbukifillah..

4 comments:

Ana Najwa Muhit said...

sedihnya entry ,ditambah dengan lagu background cmni. .uhukk :(

Siti Norashikin said...

hihihii..mna ad sedih..cool ja...best x lagu tu???

Ana Najwa Muhit said...

Sedih ,sebab lagu ketuhanan. .hee

Siti Norashikin said...

sambil2 update belog,bole gak muhasabah diri...hehehehee
terlalu mendalam maksud lagu ni...huhuu