Manusia Zaman Sekarang!!!

ikut sunnah makan berjemaah dalam talam.
Kita kata, jijikla, kongsi-kongsi, beli burger makan sorang sorang. 
Ikut sunnah makan kena sampai bersih licin, jangan membazir.
Kita kata, apalah nampak pelahap sangat, tak standard. Tinggalkan sikit.
 Ikut sunnah, makan guna jari, suap dengan tangan kanan.
Kita kata, makan guna garfu dan pisau. Suap dengan tangan kiri.
Ikut sunnah, lepas makan jilat jari.
Kita kata, malu lah, macam kebuloq sangat.
 Ikut sunnah, makan minum kena tutup kepala dan duduk.
Kita kata, hadis tu dhoif, makan berdiri je. Tak de tutup-tutup kepala weh. Ulama pun makan minum berdiri. Ikut sunnah, Pakaian kena longgar-longgar, jangan nampak bentuk badan.
Kita kata, pakai ketat-ketat, fesyen sikit. Pakai jean Levi’s yang memang Kita. Jangan kampung sangat.
Ikut sunnah, potong kuku pendek setiap hari Jumaat.
Kita kata, biar panjang. Paling tak, satu panjang, senang korek lubang hidung.
Ikut sunnah, tunaikan hajat orang, lebih-lebih lagi kalau dia meminta.
Kita kata, jangan beri, kau dah penat-penat cari. Dia tu malas.
 Ikut sunnah, mahar dimurahkan, kahwin dimudahkan.
Kita kata, anak ko grad ‘u’, paling tak RM6K. Malu murah-murah, anak jiran yang SPM je pun dah 4K serba satu.
Ikut sunnah, ramaikan anak, Rasulullah bangga. Rezeki dah Allah tetapkan di azali.
Kita kata, sapa nak beri makan nanti? susah….
 Dan ada 1001 satu alasan agar kita terpisah dari Rasulullah saw... Fikir2kan selamat beramal..

4 comments:

Anonymous said...

dah bnyk kite tersasar dari landasan yg sebenar.

renung2kn dan selamat beramal ^^

Unknown said...

rasullullah,dalam mengenalmu,kami susuli lembaran sirahmu,pahit getirt perjuanganmu,membawa cahaya kebenaran..................piching lari..

Siti Norashikin said...

hahhaa.. mas,tw pon picing lari..ujan turun daa

Unknown said...

mana boleh lari piching.xdok kaki