10 Tokoh Idola Muslimah

Assalamualaikum......
Pada pandangan tuan rumah,buku di atas tuu,baik sangat kalau remaja yang sebaya dengan tuan rumah baca.. Banyak sangat ilmu yang tuan rumah dapat dari buku tuu.. Bagi tuan rumah tokoh-tokoh yang diceritakan dalam buku tuu terlalau agung.. Subhanallah!! Begitu besar perjuangan srikandi-srikandi islam.. Srikandi-srikandi Islam yang patut kita jadikan ikon dalam kehidupan kita.. Ada 10 srikandi yang diceritakan dalam buku tuu, 1-Siti Aminah binti Abdul Mutalib.. Ibu Rasulullah S.A.W.. betapa tabahnya Siti Aminah.. Pada usia perkhawinan yang terlalu hijau,Siti Aminah telah kehilangan suami tercinta.. Namun beliau tabah.. 2-Siti Khadijah binti Khuwailid.. isteri pertama Rasulullah S.A.W yang tidak pernah dimadukan selama hayatnya.. Subhanallah..begitu dermawan Siti Khadijah.. 3-Siti Aisyah binti Abu Bakar.. isteri Rasulullah yang paling muda.. sangat terkenal sebagai ahli ilmuan.. Siti Aisyah terkenal dalam bidang Quran dan Hadis,fikah,sejarah dan bahasa Arab.. 4-Siti Hajar..isteri Nabi Ibrahim.. seorang yang tabah.. Siti Hajar patuh dan taat kepada suami.. ibu Nabi Ismail.. 5-Siti Sarah.. isteri Nabi Ibrahim.. Siti Sarah sanggup berkongsi kasih sayang suami dengan Siti Hajar sebab Siti Sarah tak dapat bagi zuriat dekat Nabi Ibrahim,namun dengan kuasa ALLAH akhirnya Siti Sarah mendapat zuriat.. Ibu Nabi Ishak... 6-Fatimah az-Zahrah..anakanda Rasulullah S.A.W.. Fatimah az-Zahrah sangat disayangi Baginda Rasulullah S.A.W..isteri kepada sahabat dan juga sepupu Rasululullah iaitu Ali bin Abi Talib .. Fatimah az-Zahrah wafat ketika usia 28 tahun.. Subhanallah.. 7-Siti Zulaikha.. isteri Nabi Yusuf.. 8-Asma' binti Abu Bakar..diberi gelaran Dzatun Nithaqain yang bererti wanita yang mempunyai dua tali pinggang.. Asma membantu Rasulullah dan ayahandanya ketika peristiwa hijrah.. Asma menyediakan bekalan makanan kepada Rasululullah dan ayahandanya... 9-Asiah binti Muzahim..isteri kepada Firaun.. bagi tuan rumah,Asiah sangat sabar dan berani.. Asiah menyembunyikan keislamannya dari Firaun selama 40 tahun..Subhanallah.. 10-Siti Rahmah..isteri Nabi Ayub.. bagi tuan rumah,Siti Rahmah begitu setia dengan suaminya.. walaupun ketika itu Nabi Ayub menghidap penyakit yang teruk tapi Siti Rahmah tetap setia.. Tak rugi kalau kita menghayati kisah-kisah srikandi-srikandi islam ini.. Lagi bertambah pengetahuan tuan rumah.. Sepatutnya,tokoh-tokoh inilah yang kita patut jadikan sebagai idola bukan artis-artis di luar sana.. Kisah hayat srikandi-srikandi ini begitu agung,begitu mulia perjuangan mereka..

2 comments:

Unknown said...

betul tuh...aku sokong 100%

Siti Norashikin said...

yeah mas ...so,baca la buku tuu..bez sgt2